Kelas Ms. Word (Shape)

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas Microsoft Word (Shape) kepada dua (2) orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan. Kelas berlansung selama 2 jam dari pukul 9.00 am sehingga 11.00 am. Objektif kelas pada kali ini adalah untuk melatih peserta untuk menggunakan fungsi shape secara khusus dalam Ms. Word. Di awal kelas, peserta telah didedahkan dengan kempen kesedaran Klik dengan Bijak iaitu terlebih kongsi (overshare). Peserta dibawa untuk menonton klip pendek berkaitan tajuk. Dalam masa sama, penyelia berkongsi akan risiko, hak dan tanggungjawab semasa menggunakan sumber digital ini. Seterusnya, diperkenalkan dengan fungsi shape di Ms. Word. Peserta diajar cara untuk memasukkan bentuk ke dalam penulisan word yang kebiasaannya digunakan untuk membuat infografik menarik. Seterusnya, peserta dikongsikan dengan cara mengubah warna bentuk dan saiz outline sesuatu bentuk. Dalam masa sama, mereka dilatih untuk memasukkan perkataan ke dalam sesuatu bentuk seperti contoh yang telah disediakan oleh penyelia. Akhir sekali, peserta dikehendaki untuk menyimpan hasil tugasan di desktop untuk kegunaan pada masa akan datang.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:
• Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan penggunaan fungsi shape di Ms. Word.
• Peserta dapat mengulangkaji cara mengoperasikan Ms. Word secara berterusan.
• Peserta mampu meningkatkan kemahiran penggunaan ICT melalui kelas yang dijalankan secara berterusan.
• Peserta sentiasa peka dengan etika, hak dan tanggungjawab mereka semasa menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali